Sony Xperia E5 - Penyelenggaraan menggunakan komputer

background image

Penyelenggaraan menggunakan komputer

Xperia™ Companion

Xperia™ Companion ialah perkhidmatan perisian yang menyediakan koleksi alat dan

aplikasi yang anda boleh gunakan apabila anda menyambungkan peranti anda ke

sebuah komputer. Dengan Xperia™ Companion, anda boleh:

Mengemas kini atau membaiki perisian peranti anda.

Memindahkan kandungan anda dari peranti lama menggunakan Xperia™ Transfer.

Menyandarkan dan memulihkan kandungan pada komputer anda.

Menyegerakkan kandungan multimedia – foto, video, muzik dan senarai main – antara

peranti dan komputer anda.

Menyemak imbas fail pada peranti anda.
Untuk menggunakan Xperia™ Companion, anda memerlukan komputer yang

disambungkan ke Internet serta menjalankan salah satu sistem pengendalian berikut:

Microsoft

®

Windows

®

7 atau terkini

Mac OS

®

X 10.11 atau terkini

Ketahui lebih lanjut dan muat turun Xperia™ Companion untuk Windows di

http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion/ atau Xperia™ Companion untuk

Mac di http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac/.

Mengurus fail menggunakan komputer

Gunakan sambungan kabel USB di antara komputer Windows

®

dan peranti anda untuk

memindahkan dan mengurus fail anda.
Sebaik sahaja dua peranti disambungkan, anda boleh memilih sama ada anda ingin

mengecas peranti anda, memindahkan fail, menggunakannya sebagai bekalan kuasa

atau menggunakannya untuk input MIDI. Komputer anda akan mengesan peranti anda

apabila anda memilih mod sambungan

Pindahkan fail (MTP). Mod sambungan lalai

ditetapkan kepada

Pengecasan sahaja.

Dengan Xperia™ Companion, anda boleh mengakses sistem fail peranti anda. Jika

Xperia™ Companion tidak dipasang, anda diminta untuk memasangnya apabila anda

menyambung peranti anda ke komputer.

Sentiasa gunakan kabel USB yang dicadangkan untuk model Xperia™ khusus anda dan

pastikan ia kering sepenuhnya.

Mod Sambungan USB

Anda boleh menggunakan mod sambungan

Pindahkan fail (MTP) untuk mengurus fail

dan mengemas kini perisian peranti. Mod USB ini digunakan dengan komputer
Microsoft

®

Windows

®

. Pengecasan didayakan secara lalai.

38

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menukar mod sambungan USB

1

Lekapkan penyambung USB ke peranti anda.

2

Seret Bar status ke bawah dan kemudian, ketik

Pengecasan sahaja.

3

Ketik sama ada

Pindahkan fail (MTP) atau MIDI seperti yang dikehendaki.