Sony Xperia E5 - Menu skrin laman utama album

background image

Menu skrin laman utama album

Dari menu skrin utama Album, anda dapat menyemak imbas semua album foto anda,

termasuk foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda menggunakan kesan

khas, serta kandungan yang anda kongsi dalam talian melalui perkhidmatan seperti

PlayMemories Online, Picasa™ dan Facebook. Sebaik sahaja anda dilog masuk ke

perkhidmatan tersebut, anda boleh menguruskan kandungan dan melihat imej dalam

talian. Daripada aplikasi Album, anda turut boleh menambahkan geoteg pada foto,

melaksanakan tugas penyuntingan asas dan menggunakan kaedah seperti teknologi

wayarles Bluetooth® dan e-mel untuk berkongsi kandungan.

1

Lihat foto dan video menggunakan perkhidmatan PlayMemories Online

2

Kembali ke skrin laman utama aplikasi Album untuk melihat semua kandungan

3

Lihat foto dan video kegemaran anda

4

Lihat semua video yang disimpan ke peranti anda

5

Lihat foto anda pada peta atau dalam mod Glob

6

Lihat foto dan video yang telah anda sembunyikan daripada paparan

7

Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda menggunakan kesan khas

8

Lihat semua foto dan video yang disimpan pada peranti anda dalam folder yang berbeza.

9

Lihat foto dan video pada peranti dalam rangkaian yang sama

10 Buka menu tetapan untuk aplikasi Album

11 Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat kandungan

12 Buka sokongan web

Perkhidmatan PlayMemories Online tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Untuk melihat foto daripada perkhidmatan dalam talian dalam Album

1

Dari Skrin laman utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Album , kemudian ketik .

3

Ketik perkhidmatan dalam talian yang dikehendaki, kemudian ikut arahan pada

skrin untuk bermula. Semua album dalam talian yang tersedia, yang telah anda

muat naik ke perkhidmatan itu akan dipaparkan.

4

Ketik sebarang album untuk melihat kandungannya, kemudian ketik foto dalam

album itu.

5

Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat

foto atau video sebelumnya.

109

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.