Mengawal penggunaan data
Anda boleh menjejak jumlah data yang dipindahkan ke peranti dan dari peranti anda
melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi anda dalam tempoh tertentu. Contohnya,
anda boleh melihat jumlah data yang digunakan oleh setiap aplikasi. Untuk data yang
dipindahkan melalui sambungan data mudah alih anda, anda juga boleh menetapkan
amaran dan had penggunaan data untuk mengelakkan caj tambahan.
Melaraskan tetapan penggunaan data dapat membantu anda mengawal penggunaan data
dengan lebih baik tetapi tidak dapat menjamin caj tambahan boleh dielakkan.
Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data
1
Dari
Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik penggelangsar di sebelah
Trafik data mudah alih untuk menghidupkan atau
mematikan data.
Apabila trafik data dimatikan, peranti anda masih boleh membentuk sambungan Wi-Fi dan
Bluetooth®.
Untuk menetapkan amaran penggunaan data
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Untuk menetapkan tahap amaran, seret garis amaran ke nilai yang dikehendaki.
Anda menerima pemberitahuan amaran apabila jumlah trafik data menghampiri
paras yang anda tetapkan.
49
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menetapkan had data mudah alih
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Seret penggelongsor di sebelah
Tetapkan had data mudah alih ke kanan,
kemudian ketik
OK.
5
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih, seret garisan had data
merah ke nilai yang diingini.
Sebaik sahaja penggunaan data mudah alih anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data
mudah alih pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.
Untuk mengawal penggunaan data aplikasi individu
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik aplikasi yang anda mahu kawal, kemudian seret penggelangsar di sebelah
Hadkan data latar belakang apl ke kanan dan ketik OK.
4
Untuk mengakses tetapan khusus bagi aplikasi (jika tersedia), ketik
Tetapan
aplikasi dan lakukan pertukaran yang dikehendaki.
Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang
berkaitan.
Untuk menyemak penggunaan data anda
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Ketik , kemudian ketik
Tunjukkan Wi‑Fi.
4
Untuk melihat maklumat tentang amaun data yang dipindahkan melalui Wi-Fi,
ketik tab
Wi-Fi.
5
Untuk melihat maklumat tentang jumlah data yang dipindahkan melalui
sambungan data mudah alih, ketik tab
Mudah Alih.