Kalendar dan jam penggera
Kalendar
Gunakan aplikasi Kalendar untuk menguruskan jadual masa anda. Jika anda telah
mendaftar masuk dan menyelaraskan peranti anda dengan satu atau lebih banyak akaun
dalam talian yang mengandungi kalendar, contohnya akaun Google™ anda atau akaun
Xperia™ dengan Facebook, maka peristiwa kalendar daripada akaun ini juga akan
dipaparkan dalam aplikasi Kalendar. Anda boleh memilih kalendar yang ingin anda
sepadukan dalam paparan Kalendar gabungan.
Apabila masa janji temu hampir tiba, peranti anda akan memainkan bunyi pemberitahuan
untuk mengingatkan anda.
1
Ubah suai tetapan, pilih jenis paparan dan kalendar yang anda ingin lihat
2
Kembali ke tarikh semasa
3
Akses pilihan lain
4
Kuis ke kiri atau kanan untuk menyemak imbas dengan lebih pantas
5
Tambahkan peristiwa kalendar
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kalendar
•
Apabila aplikasi Kalendar dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan, kemudian cari dan
ketik
Bantuan.