Tetapan kamera pegun
Untuk melaraskan tetapan kamera pegun
1
Aktifkan kamera.
2
Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .
3
Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian sunting seperti yang diingini.
Gambaran keseluruhan tetapan kamera pegun
Resolusi
Pilih antara beberapa resolusi dan nisbah aspek sebelum mengambil foto. Foto dengan
resolusi yang lebih tinggi memerlukan ingatan yang lebih banyak.
13MP
4128×3096(4:3)
Resolusi 13 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
9MP
3920×2204(16:9)
Resolusi 9 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan skrin
lebar.
100
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
8MP
3264×2448(4:3)
Resolusi 8 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
3MP
2048×1536(4:3)
Resolusi 3 megapiksel dengan nisbah aspek 4:3. Sesuai untuk foto yang anda ingin lihat pada paparan
bukan skrin lebar atau cetak dalam resolusi tinggi.
2MP
1920×1080(16:9)
Resolusi 2 megapiksel dengan nisbah aspek 16:9. Sesuai untuk foto yang ingin anda lihat pada paparan skrin
lebar.
Pemasa kendiri
Dengan pemasa kendiri, anda boleh mengambil foto tanpa memegang peranti. Gunakan
fungsi ini untuk mengambil portret sendiri atau foto kumpulan di mana semua orang
boleh berada dalam foto. Anda juga boleh gunakan pemasa kendiri jika anda mahu elak
menggoncangkan kamera semasa mengambil foto.
Hidup (10 s.)
Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
Hidup (2 s.)
Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga foto diambil.
0.5 saat
Tetapkan tundaan setengah saat daripada semasa anda ketik skrin kamera sehingga foto diambil.
Matikan
Foto diambil sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.
Penjejakan objek
Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera
menjejakinya untuk anda.
HDR
Gunakan tetapan HDR (High Dynamic Range/Julat Dinamik Tinggi) untuk mengambil foto
bertentangan cahaya latar yang terang atau dalam keadaan apabila kontras tajam. HDR
mengimbangkan kehilangan butiran dan menghasilkan gambar yang mewakili kawasan
gelap dan juga cerah.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
ISO
Anda boleh mengurangkan kekaburan imej yang disebabkan keadaan gelap atau subjek
yang bergerak dengan meningkatkan kepekaan ISO. Selain itu, jika anda mahu
mengambil imej cerah meskipun dalam keadaan gelap, anda boleh menetapkan
kepekaan ISO kepada satu nilai yang lebih tinggi.
Auto
Menetapkan kepekaan ISO secara automatik.
50
Menetapkan kepekaan ISO kepada 50.
100
Menetapkan kepekaan ISO kepada 100.
200
Menetapkan kepekaan ISO kepada 200.
400
Menetapkan kepekaan ISO kepada 400.
800
101
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Menetapkan kepekaan ISO kepada 800.
1600
Menetapkan kepekaan ISO kepada 1600.
3200
Menetapkan kepekaan ISO kepada 3200.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Permeteran
Fungsi ini menentukan dedahan seimbang secara automatik dengan mengukur jumlah
cahaya yang terpancar pada subjek yang anda ingin tangkap.
Tengah
Ukur bahagian tengah imej, dan tentukan dedahan berdasarkan kecerahan subjek di sana.
Titik
Melaraskan dedahan dalam bahagian imej paling kecil yang anda ingin tangkap.
Muka
Mengukur jumlah cahaya pada muka dan melaraskan dedahannya supaya muka tidak terlalu gelap mahupun
terlalu cerah.
Purata
Mengira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada seluruh imej.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.
Denyar
Gunakan denyar untuk mengambil foto semasa keadaan pencahayaan tidak terang atau
apabila terdapat cahaya latar. Pilihan berikut tersedia apabila anda mengetik ikon denyar
pada skrin kamera:
Auto
Kamera menentukan sama ada keadaan pencahayaan memerlukan penggunaan denyar atau tidak
secara automatik.
Hidupkan denyar
Gunakan tetapan ini apabila latar belakang adalah lebih cerah daripada subjek. Tetapan ini mengalih
keluar bayangan gelap yang tidak diingini.
Pengurangan 'red eye'
Mengurangkan warna merah mata semasa mengambil foto.
Matikan
Denyar dimatikan. Kadangkala, kualiti foto boleh menjadi lebih baik tanpa denyar, walaupun keadaan
pencahayaan lemah. Mengambil foto yang baik tanpa menggunakan denyar memerlukan tangan yang
stabil. Gunakan pemasa kendiri untuk mengelakkan foto yang kabur.
Lampu suluh
Lampu denyar dihidupkan apabila anda mengambil foto.
Pemilihan pemandangan
Gunakan ciri Pemilihan pemandangan untuk menyediakan kamera dengan cepat untuk
situasi biasa menggunakan pemandangan yang dipraprogram. Kamera menentukan
beberapa tetapan untuk anda padankan dengan pemandangan yang dipilih, memastikan
foto terbaik mungkin dihasilkan.
Matikan
Ciri Pemilihan pemandangan dimatikan dan anda boleh mengambil foto secara manual.
Kulit lembut
Ambil foto wajah menggunakan kesan kecantikan yang dipertingkat.
Tangkapan lembut
Gunakan untuk foto tangkapan bertentangan latar belakang lembut.
102
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Anti gerakan kabur
Gunakan untuk meminimumkan gegaran kamera semasa merakam pemandangan yang agak gelap.
Landskap
Gunakan untuk foto landskap. Kamera memfokus pada objek jauh.
HDR Pembetulan Lampu Latar
Gunakan untuk memperbaik butiran dalam tangkapan kontras tinggi. Pembetulan lampu latar terbina
dalam menganalisis imej dan secara automatik, melaraskannya untuk memberikan tangkapan
bercahaya yang sempurna.
Potret malam
Gunakan untuk foto potret yang diambil pada waktu malam atau dalam persekitaran yang bercahaya
malap. Oleh sebab masa pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan
pada permukaan yang stabil.
Pemandangan malam
Gunakan apabila mengambil foto pada waktu malam atau dalam persekitaran yang bercahaya malap.
Oleh sebab masa pendedahan yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan pada
permukaan yang stabil.
Senjakala bimbit
Gunakan untuk mengambil foto bercahaya malap pegangan tangan dengan hingar dan kabur
dikurangkan.
Sensitiviti tinggi
Gunakan untuk mengambil foto tanpa denyar di bawah keadaan cahaya malap. Kurangkan kabur.
Gourmet
Gunakan untuk merakam susunan makanan dalam warna terang.
Haiwan kesayangan
Gunakan untuk mengambil foto haiwan kesayangan anda. Mengurangkan kabur dan mata merah.
Pantai
Gunakan untuk mengambil foto pemandangan tepi pantai atau tepi tasik.
Salji
Gunakan dalam persekitaran cerah untuk mengelakkan foto lebih dedahan.
Parti
Gunakan untuk foto dalam bangunan dalam persekitaran yang kurang terang. Pemandangan ini
menangkap pencahayaan latar dalam bangunan atau cahaya lilin. Oleh sebab masa pendedahan
yang lama, kamera mesti dipegang pegun atau diletakkan pada permukaan yang stabil.
Sukan
Gunakan untuk foto objek yang bergerak pantas. Masa dedahan yang singkat meminimumkan
pengaburan pergerakan.
Dokumen
Gunakan untuk foto teks atau lukisan. Memberikan foto kontras yang dipertingkat, lebih tajam.
Bunga api
Gunakan untuk mengambil foto bunga api dalam semua keindahannya.
Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan
Manual.