Sony Xperia E5 - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Auto superior

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan apa-apa pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Untuk bertukar antara mod tangkapan

1

Aktifkan kamera.

2

Leret pada skrin untuk memilih mod tangkapan yang diingini.

98

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Superior auto

Mode Superior auto mengesan keadaan di mana anda merakam foto dan melaraskan

tetapan secara automatik bagi memastikan bahawa anda mengambil foto terbaik yang

mungkin.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

Lokasi simpanan

Tambah maklumat lokasi geografi (geotag) ke foto anda apabila anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Garisan grid

Pilih untuk menghidupkan atau mematikan garisan grid dalam pemidang tilik kamera

anda.

Pratonton foto auto

Anda boleh memilih untuk melakukan pratonton foto sebaik sahaja anda menangkapnya.

Hidupkan

Selepas anda merakam foto, pratontonnya muncul di sudut kanan bawah skrin selama 3 saat.

Hanya kamera depan

Selepas anda merakam foto dengan kamera depan, pratontonnya muncul di sudut kanan bawah skrin

selama 3 saat.

Matikan

Foto atau video disimpan selepas anda menangkapnya dan tiada pratonton kelihatan.

Gunakan kekunci Kelantangan sebagai

Anda boleh memilih cara anda ingin menggunakan kekunci kelantangan semasa

mengambil foto.

Zum

Gunakan kekunci kelantangan untuk zum masuk atau zum keluar.

Kelantangan

Gunakan kekunci kelantangan untuk melaraskan kelantangan.

Pengatup

Gunakan kekunci kelantangan untuk mengambil foto.

Bunyi

Anda boleh memilih untuk menghidupkan atau mematikan pengatup

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

99

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

Lancarkan sahaja

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera utama dilancarkan daripada mod tidur.

Lancar dan tangkap

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera pegun dilancarkan daripada mod tidur dan foto
ditangkap.

Lancar dan rakam video

Selepas anda menyeret ke arah dalam, kamera video dilancarkan daripada mod tidur dan memulakan
rakaman.

Matikan

Warna dan kecerahan

Anda boleh melaraskan warna dan kecerahan secara manual semasa ikon tetapan

warna dan kecerahan dipaparkan.

Imbangan putih

Tetapan ini, yang hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual, laraskan imbangan

warna mengikut keadaan pencahayaan. Anda juga boleh melaraskan dedahan secara

manual dalam julat -2.0 EV hingga +2.0 EV. Contohnya, anda boleh meningkatkan

kecerahan imej atau mengurangkan dedahan keseluruhan dengan mengetik kawalan

tambah atau tolak sewajarnya apabila ikon tetapan imbangan putih dipaparkan.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.