Menambah dan menyunting kenalan
Untuk menambahkan kenalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik .
3
Jika anda telah menyegerak kenalan anda dengan satu atau beberapa akaun dan
anda menambahkan kenalan buat kali pertama, anda mesti memilih akaun yang
ingin ditambahkan kenalan ini. Sebagai pilihan, ketik
Tiada sandaran jika anda
hanya ingin menggunakan dan menyimpan kenalan ini pada peranti anda.
4
Masukkan atau pilih maklumat yang dikehendaki untuk kenalan.
5
Setelah anda selesai, ketik
SIMPAN.
Selepas anda memilih akaun penyegerakan dalam langkah 3, akaun tersebut akan ditunjukkan
sebagai akaun lalai yang ditawarkan apabila anda menambahkan kenalan selepas itu. Apabila
anda menyimpan kenalan pada akaun tertentu, akaun tersebut akan ditunjukkan sebagai
akaun lalai untuk disimpan apabila anda menambahkan kenalan selepas itu. Jika anda telah
menyimpan kenalan pada akaun tertentu dan ingin menukarnya, anda perlu membuat akaun
baru dan memilih akaun lain untuk menyimpannya.
Jika anda menambah tanda tambah dan kod negara sebelum nombor telefon kenalan, anda
tidak perlu lagi menyunting nombor tersebut semasa anda membuat panggilan dari negara
lain.
Untuk menyunting kenalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik kenalan yang anda ingin sunting, kemudian ketik .
3
Sunting maklumat yang dikehendaki.
4
Setelah anda selesai, ketik
SIMPAN.
Sesetengah perkhidmatan penyegerakan tidak membenarkan anda menyunting butiran
kenalan.
Untuk mengaitkan gambar dengan kenalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik kenalan yang anda ingin sunting, kemudian ketik .
3
Ketik
, kemudian pilih kaedah untuk menambah gambar kenalan dan sunting
seperti yang dikehendaki.
4
Setelah anda menambahkan gambar, ketik
SIMPAN.
Anda juga boleh menambahkan gambar pada kenalan terus daripada aplikasi
Album . Jika
anda mahu menambahkan gambar yang disimpan ke akaun dalam talian, anda mestilah
memuat turun gambar itu dahulu.
79
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memperibadikan nada dering bagi kenalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik pada kenalan yang anda ingin sunting, kemudian ketik .
3
Ketik >
Tetapkan nada dering.
4
Pilih pilihan daripada senarai atau ketik untuk memilih fail muzik yang disimpan
dalam peranti anda, kemudian ketik
Selesai.
5
Ketik
SIMPAN.
Untuk memadam kenalan
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Sentuh terus kenalan yang anda ingin padamkan.
3
Untuk memadam semua kenalan, ketik anak panah bawah untuk membuka menu
juntai bawah, kemudian pilih
Tanda semua.
4
Ketik , kemudian ketik
Padam.
Untuk menyunting maklumat hubungan tentang diri anda
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Ketik
Diri saya, kemudian ketik .
3
Masukkan maklumat baru atau buat perubahan yang anda inginkan.
4
Setelah anda selesai, ketik
SIMPAN.
Untuk mewujudkan kenalan baru daripada mesej teks
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .
2
Ketik ikon bersebelahan nombor telefon, kemudian ketik
Simpan.
3
Pilih kenalan sedia ada, atau ketik
Wujudkan kenalan baru.
4
Sunting maklumat kenalan dan ketik
SIMPAN.