Mencari nombor pengenalan peranti anda
Peranti anda mempunyai nombor ID (pengenalan) yang unik. Pada peranti anda, nombor
ini dirujuk sebagai IMEI (Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa). Anda hendaklah
menyimpan salinan nombor ini. Anda mungkin memerlukannya, sebagai contoh, apabila
anda mengakses perkhidmatan sokongan Xperia™ Care dan perlu mendaftarkan peranti
anda. Selain itu, jika peranti anda dicuri, sesetengah pembekal rangkaian boleh
menggunakan nombor ini untuk menghentikan peranti daripada mengakses rangkaian
dalam negara anda.
Untuk melihat nombor IMEI pada dulang label
Jangan pusingkan dulang label semasa menyeretnya keluar atau menolaknya kembali.
1
Tanggalkan penutup kad SIM nano/Kad ingatan.
2
Menggunakan kuku anda, seret keluar pemegang kad SIM nano.
3
Menggunakan kuku jari anda, cungkil keluar dulang label sehingga anda dapat
memegangnya.
4
Pegang kedua-dua bahagian dulang label dan seretnya keluar secara mendatar
seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
Untuk melihat nombor IMEI, anda boleh membuka pendail telefon pada peranti anda dan
memasukkan
*#06#
juga.
Untuk melihat nombor IMEI anda melalui tetapan peranti
1
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Maklumat IMEI.