Mencari peranti yang hilang
18
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Jika anda mempunyai akaun Google™, perkhidmatan web
撤 rotection by my Xperia・
dapat membantu anda mengesan dan melindungi peranti anda jika hilang. Jika anda
mengaktifkan perkhidmatan ini pada peranti anda, anda boleh:
•
Cari peranti anda pada peta.
•
Bunyikan peringatan walaupun peranti dalam mod Jangan ganggu.
•
Kunci peranti dari jauh dan jadikan peranti memaparkan butiran kenalan anda kepada
sesiapa sahaja yang menemuinya.
•
Kosongkan ingatan dalaman dan luaran pada peranti secara jauh sebagai jalan terakhir.
Perkhidmatan “Protection by my Xperia” mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Jika anda mengosongkan memori dalaman peranti menggunakan perkhidmatan web
“Protection by my Xperia”, anda mesti mendaftar masuk ke akaun Google™ yang sebelumnya
disegerakkan pada peranti ini apabila anda menghidupkan peranti selepas ini.
Untuk mengaktifkan Protection by my Xperia
1
Pastikan anda mempunyai sambungan data yang aktif dan dayakan perkhidmatan
lokasi pada peranti anda.
2
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Skrin kunci & keselamatan > Perlindungan oleh my
Xperia > Aktifkan.
4
Tandakan kotak semak untuk bersetuju dengan terma dan syarat perkhidmatan,
kemudian ketik
Terima.
5
Jika digesa, daftar masuk ke akaun Google™ anda atau buat akaun baru jika
anda tidak mempunyai akaun.
Untuk mengesahkan bahawa Protection by my Xperia dapat mencari peranti anda, pergi ke
myxperia.sonymobile.com
dan daftar masuk menggunakan akaun Google™ yang anda
gunakan pada peranti anda.
Harap maklum bahawa sekiranya anda berkongsi peranti dengan berbilang pengguna,
perkhidmatan Protection by my Xperia hanya boleh digunakan oleh pengguna yang melog
masuk sebagai pemilik.
Mencari peranti yang hilang menggunakan Pengurus Peranti Android™
Google™ menawarkan perkhidmatan lokasi dan keselamatan web yang dipanggil
Pengurus Peranti Android™. Anda boleh menggunakannya selari dengan, atau sebagai
alternatif, kepada perkhidmatan my Xperia. Sekiranya anda kehilangan peranti, anda
boleh menggunakan Pengurus Peranti Android™ untuk:
•
Mencari dan menunjukkan lokasi peranti anda.
•
Deringkan atau kuncikan peranti anda, padam segala-galanya di dalamnya atau
tambahkan nombor telefon ke skrin kunci.
Untuk maklumat lanjut mengenai Pengurus Peranti Android™, pergi ke
www.support.google.com
.
Pengurus Peranti Android™ tidak akan berfungsi sekiranya peranti anda dimatikan atau jika ia
tidak mempunyai sambungan Internet. Perkhidmatan Pengurus Peranti Android™ mungkin
tidak tersedia di semua negara atau wilayah.
19
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengaktifkan Pengurus Peranti Android™
1
Jika anda menggunakan peranti dengan berbilang pengguna, pastikan anda telah
dilog masuk sebagai pemilik.
2
Pastikan anda mempunyai sambungan data yang aktif dan perkhidmatan lokasi
tersebut didayakan.
3
Dari Skrin laman utama anda, ketik .
4
Cari dan ketik
Tetapan > Google > Keselamatan.
5
Seret penggelongsor di sebelah
Mengesan lokasi peranti ini dari jauh dan
Benarkan kunci dan padam dari jauh ke kedudukan Hidup.
6
Jika digesa, bersetuju dengan terma dan syarat dengan mengetik
Aktifkan.
7
Untuk mengesahkan bahawa Pengurus Peranti Android™ boleh mengesan lokasi
peranti anda selepas anda mengaktifkan perkhidmatan tersebut, pergi ke
www.android.com/devicemanager
dan daftar masuk menggunakan akaun
Google™ anda.
20
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.