Sony Xperia E5 - Pemasangan

background image

Pemasangan

Peranti anda hanya menyokong kad SIM nano.

Untuk memasukkan kad SIM nano

Seret keluar dulang label berserta pemegang kad SIM.

7

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

1

Buka penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.

2

Menggunakan kuku anda, seret keluar pemegang kad SIM nano.

3

Letakkan kad SIM nano dengan kemas dalam orientasi betul seperti yang

ditunjukkan dalam ilustrasi.

4

Pastikan kad diletakkan secara mendatar dalam pemegang.

5

Masukkan pemegang ke dalam slot, kemudian tutup penutupnya.

Jika anda mencungkil keluar pemegang kad SIM nano semasa peranti hidup, peranti akan

bermula semula secara automatik.

Untuk memasukkan kad ingatan

1

Buka penutup slot kad SIM nano dan slot kad ingatan.

2

Letakkan kad ingatan dalam slot kad ingatan, kemudian tekan kad ingatan terus

ke dalam slot sehingga anda mendengar bunyi terkunci.

3

Tutupkan penutup.

Pastikan anda telah memasukkan kad memori mengikut orientasi yang betul.

Untuk mengeluarkan kad SIM nano

Seret keluar dulang label berserta pemegang kad SIM.

1

Buka penutup slot kad SIM nano/Kad ingatan.

2

Menggunakan kuku anda, seret keluar pemegang kad SIM nano.

3

Keluarkan kad SIM nano, kemudian masukkan pemegang semula.

4

Masukkan pemegang ke dalam slot, kemudian tutup penutupnya.

Jika anda mencungkil keluar pemegang kad SIM nano semasa peranti hidup, peranti akan

bermula semula secara automatik.

Untuk mengeluarkan kad memori

1

Sama ada matikan peranti atau nyahlekapkan kad memori di bawah

Tetapan >

Storan & memori > > Lanjutan > Storan > di sebelah Kad SD, kemudian

buka penutup untuk kad SIM nano dan slot kad memori.

2

Tekan kad memori ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.

3

Tarik keluar kad memori sepenuhnya dan keluarkannya.

4

Tutup penutupnya.