Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran
dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang membolehkan anda beralih antara
semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan mudah. Kekunci navigasi terdiri daripada
kekunci Skrin utama, kekunci aplikasi Terbaru dan kekunci Undur. Sesetengah aplikasi
ditutup apabila anda menekan kekunci Skrin utama untuk keluar sementara aplikasi
lain dijeda atau terus berjalan dalam latar belakang. Jika aplikasi dijeda atau berjalan
dalam latar belakang, anda boleh teruskan di tempat anda berhenti apabila anda
membuka aplikasi selepas ini.
25
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Buka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2
Kekunci aplikasi terbaru – Buka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar kegemaran
3
Kekunci laman utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Laman Utama
4
Kekunci kembali – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menutup semua aplikasi yang digunakan baru-baru ini
•
Ketik dan kemudian, ketik .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.