Pad telefon
Pad telefon serupa dengan pad kekunci telefon 12 kekunci standard. Ia memberikan
anda pilihan input teks ramalan dan berbilang ketikan. Anda boleh mengaktifkan kaedah
input teks Pad telefon melalui tetapan papan kekunci. Pad telefon hanya tersedia dalam
orientasi potret.
1 Buat pilihan input teks. Anda boleh mengetik setiap aksara sekali dan gunakan cadangan perkataan, atau
terus mengetik kekunci sehingga aksara yang dikehendaki dipilih.
2 Padam aksara sebelum kursor.
3 Masukkan pembawa kembali atau sahkan input teks.
4 Masukkan ruang.
5 Paparkan simbol dan smiley.
6 Paparkan nombor.
7 Tukar penghurufbesaran aksara dan hidupkan kunci huruf besar.
Untuk membuka Pad Telefon untuk kali pertama
1
Ketik medan entri teks, kemudian ketik .
2
Ketik , kemudian ketik
Tetapan papan kekunci.
3
Ketik
Papan kekunci potret, kemudian pilih pilihan Pad telefon.
65
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk memasukkan teks menggunakan Pad telefon
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik setiap kekunci aksara sekali sahaja,
walaupun huruf yang anda mahukan bukan huruf pertama pada kekunci tersebut.
Ketik dan tahan baris calon untuk melihat lebih banyak cadangan perkataan dan
pilih perkataan daripada senarai.
•
Apabila kelihatan dalam Pad telefon, ketik kekunci pada paparan untuk aksara
yang anda mahu masukkan. Kekalkan mengetik butang ini sehingga aksara yang
diingini dipilih. Kemudian lakukan cara yang sama untuk aksara seterusnya yang
anda mahu masukkan dan seterusnya.
Untuk memasukkan nombor menggunakan Pad telefon
•
Apabila Pad telefon dipaparkan, ketik Pad telefon dengan nombor akan
kelihatan.
Untuk memasukkan simbol dan senyuman menggunakan Pad telefon
1
Apabila Pad telefon dipaparkan, ketik
Grid dengan simbol dan senyuman
kelihatan.
2
Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat lebih banyak pilihan. Ketik simbol atau
senyuman untuk memilihnya.