Sony Xperia E5 - Memindahkan kandungan video ke peranti anda

background image

Memindahkan kandungan video ke peranti anda

Sebelum anda mula menggunakan aplikasi Video, anda digalakkan supaya

memindahkan filem, rancangan TV dan kandungan video yang lain ke peranti anda dari

peranti lain, seperti komputer. Terdapat beberapa cara untuk memindahkan kandungan

anda:

Untuk Windows

®

sahaja: Sambungkan peranti ke komputer menggunakan kabel USB,

kemudian seret dan lepaskan fail video terus menggunakan aplikasi pengurus fail pada

komputer. Lihat

Mengurus fail menggunakan komputer

pada halaman 38.

Jika anda memiliki PC atau komputer Apple

®

Mac

®

, gunakan Xperia™ Companion

untuk menguruskan kandungan dan memindahkan fail video ke peranti anda.